Isnin, 31 Januari 2011

menyemai cinta..saya mahu cinta saya dan awak menjadi begini..insyallah

Oh cinta

Engkau umpama sebuah pohon
Bermula dari benih yang halus,lalu disemai di tanah yang subur
Dijaga rapi,di sirami dengan penuh kasih sayang
Dipagari agar ianya tidak dibawa lari
Semakin hari,benih itu tampak subur dan membesar
Kelihatan tunas-tunas mula memunculkan diri
Kelihatan juga akar yang masih halus menjalar mencari tempat untuk mencengkam
Engkau semakin membesar….
Kini engkau kian terpacak tinggi
Dedaunan kian merimbun segar
Semakin engkau pandai menari bersama tiupan angin
Akar mu kian kukuh mencengkam bumi
Biarpun rebut taufan menjengah
Engkau tetap gah berdiri
Mempertahankan diri setelah sekian lama disemai
Kini engkau terus berdiri
Segala nikmat dirasai
Menanti sehingga tibanya mati

Oh manusia

Begitulah juga apabila dirimu mula menyemai cinta dihati
Cinta yang disemai itu,akan kau jagai dengan begitu rapi
Akan kau sirami dengan embun kasih sayang
Akan kau pagari dengan benteng yang kukuh
Agar cinta dihatimu akan terus bercabah
Bercambahnya tunas-tunas cinta
Semakin hari cinta dihatimu semakin subur
Akar cinta kian mencengkam hati mu
Biar kata mendustai cinta
Namun cinta tidak akan berganjak kemana-mana
Setelah sekian lama menyemai cinta
Rimbunan cintamu semakin menghijau segar
Kelihatan bunga cinta mula berputik
Mengeluarkan haruman yang mendamaikan jiwa
Disaat ini..engkau akan merasai manisnya cinta~



Wahai insan

Namun,benih cinta apakah yang engkau semaikan di hati mu
Cinta kepada Penciptamu??
Atau cinta kepada manusia,yang hanya berpandukan nafsu??

Andai dirimu menyemai cinta ilahi..
Maka pagarilah cinta itu dengan ketaqwaan
Siramilah cintamu dengan siraman keikhlasan
Bajailah cintamu dengan keimanan
Agar cinta suci ini akan terus subur
Agar cinta suci ini menjadi semakin kukuh
Sehingga apabila datangnya ancaman yang mahu membunuh cinta itu,
Ianya tidak mampu untuk menghancurkannya..
Maka disinilah cinta yang sebenar
Yang akan terus kekal abadi
Sehingga engkau bertemu Ilahi....

cinta YA ALLAH lebih abadi

Andai pula,jika engkau menyemai cinta manusia kerana nafsu semata-mata
Maka jgn biarkan ia terus bertunas dan membesar
Kelak engkau akan merana
Apabila engkau membiarkan cinta yang jijik ini terus mengeluarkan tunasnya
Terus membiar akarnya mengcengkam erat hatimu
Terus membiar dedaunan terus merimbun
Terus membiarkan batang semakin kukuh
maka,ia akan terus membesar didalam jiwa mu
biar pun engkau cuba untuk membuang cinta ini
namun ,ia akan terus berdegil untuk terus berada di hatimu
sinilah engkau akan merasai betapa tersiksanya cinta ini
engkau akan merana dan terus merana

ingtlah,
cinta kepada Allah akan membahagiakan diri mu dan diri ku selamanya
namun cinta pada nafsu, akan membuatkan dirimu merana selamanya...

Tiada ulasan: